There was an error in this gadget

Friday, August 13, 2010

[lawak] haha

Share





Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik

tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis.

Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis..

Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia

takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.




Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket

seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura

membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya.

"Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis.

Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya

lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."


No comments:

Post a Comment

cristopher_johnson@hotmail.com