Saturday, August 14, 2010
[teladan] Kisah Teladan Untuk Para Wanita
*sekadar gambar hiasan*
"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil
membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.
"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana
dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."
Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak
mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali
ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat
jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya,
Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama
keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai
ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula
memecut.Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul
Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari
tidurnya.
"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung
nanti."
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang,
Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.
"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres di
depannya tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya
memotong bas ekspres tadi.
"Sudah la tu bang."
"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia
aaa...." Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah
lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.
"Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.
Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad
mak? Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak saya
mak?"
Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan
kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia
tepat-tepat.
"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.
PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia
terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?
"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, study pun malas,
kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la,
tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak
habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Julia tersengih
keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! "
Moral of the story: Solatlah asar terlebih dahulu sebelum dipelempang oleh ibu anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
cristopher_johnson@hotmail.com