Tuesday, August 17, 2010

[lawak] Civic Vtec Vs Mitsubishi Evo

Share



Hamid (bukan nama sebenar) baru pulang dari kerja.. tepat 5.30pm beliau sudah terpacak di hadapan Honda Civic Ek kesayangannya.. ini bermakna Hamid shutdown labtopnya dan siap packing utk pulang pada pukul 5.15pm.. ini kerana perjalanan menuju ke parking lot mengambil masa 10 minit.. 5minit spare untuk ke tandas.. enjin dipanaskan hingga ke takat didih.. gear 1 dimasukkan dengan kasarnya.. clutch dilepaskan dengan terkezutnya (kononnya nak wat spin tyerlah)..prom.. pom.. pom.. enjin mati.. muka hamid biru kerana segerombolan awek cun terperasan tragedi sebentar tadi.. aksi yang sama diulang hamid sebanyak 8 kali bagi mengaburkan fikiran awek2 tadik dgn beranggapan awek2 tuh akan ingat hamid sengaja ingin mematikan enjin selepas dihidupkan.. Prangg….!! hamid merempit keretanya setelah awek2 tuh hilang dari pandangan.. bagi menarik perhatian, hamid memecut dengan hanya menggunakan gear 1 agar bunyik vtec kedengaran dengan megahnya melalui serombong ekzos trompet yang baru dibeli melalui www.mudah.my tahun lepas.. lagu Bila Rasaku Ini Rasamu nyanian Kerispatih terpaksa dikuatkan kerana terlalu bising..


masuk ja highway.. EK dipecut mencecah 200kmh.. hamid gayat.. tapi demi menayang kemampuan keretanya.. hamid berpura kool.. tingkap dibuka agar pengguna jalan raya yang lain nampak mukanya.. baru ja meter nak masok 201kmh.. hamid ternampak sebuah kereta kancil di tepi jalan.. nampak mcm megalami masalah.. hamid seorang yang baik hati.. beliau akan menangis bila nampak org susah.. hamid pon berhenti memberi bantuan.. bonet dibuka.. habes bersirat wayar2 dan kabel2 dikerjakan hamid.. oleh kerana hamid x reti nak pasang balik suma wayar tuh.. hamid pon mengoffer owner kancil tuh yang bernama kak leha utk menarik keretanya sampai ke bengkel Razak dan Adik-adik auto services..

tali diikat rapi.. ujian ketahanan dilakukan dengan membakar tali menggunakan lighter hamid sampai gas abes.. tali tuh tak putus.. hamid bangga.. rasa macam nak sms kawan2 memberitahu yang dia berjaya mengikat tali dengan kukuh.. sebelum memulakan perjalanan menuju ke bengkel.. hamid memesan kepada kak leha agar menyalakan lampu tinggi (hi-beam) dan Hon kalo dia bawak terlalu laju.. kak leha setuju..perjalanan pun bermula.. hamid membawa dengan sopan.. kaljuannya kurang 60kmh.. kak leha selesa hingga hampir tertidur.. hamid bawak dengan rilek sambil melayan lagu nasyid sumayyiah dendangan hijjaz..

Vrooomm!!! blues hamid tersentak dengan kehadiran sebuah Mitsubishi Evo X yang memintas pada kelajuan 180kmh.. hamid panas.. pantang kalo org lalu tak tunduk depan dia.. gear 4 hamid dropkan ke gear 3.. Vtec pon terbukak.. PRANNGGGG!! bunyik vtec membuat kan kak leha terbeliak bijik mata kerana terkezut.. kak leha tersandar.. hamid mengejar evo dengan rakusnya.. 100m.. 80m.. 50m.. 30m hinggalah 10mm.. muka hamid pucat kerana takut evo tuh brek mengejut.. tapi tapa.. ada ABS.. hamid leka mengejar evo hingga lupa akan kak leha yang hampir pitam kat blakang tuh.. sgala Hon mahupun hi-beam hamid x perasan.. kak leha hanya mampu mengucap sambil membaca surah al-fatihah serta surah2 basic yang len.. nak baca ayat kursi kak leha lupa (tak tau sebenaqnya).. kak leha pasrah berserah diri..

dalam pada itu.. sebuah perodua kelisa yang dipandu zaki kebetulan berada ditempat kejadian memerhatikan mereka dengan kagumnya.. hampir terlanggar divider jalan.. telefon bimbit dicapai lalu mendail nombor rakan seperjuangannnya ismail.. “isma.. tadik aku nampak ada sorang mamat pakai EK sebijik macam ang dok cucuk rapat Evo kat depan dia.. dekat 240kmh aku rasa.. blakang EK tuh plak ada sebijik kancil stendet pompuan tua bawak dok cucuk EK kaw2 punya.. siap Hon-hon, bagi hi-beam nak potong..” ujar zaki kepada ismail sambil tangan terangkat2 seperti karam singh walia..

No comments:

Post a Comment

cristopher_johnson@hotmail.com