Tuesday, October 26, 2010

[lawak] Kisah Kentut

Share
Pernah diceritakan oleh Cikgu Razali kepada gua..

" Dulu, di sebuah sekolah berasrama di bandar Rompin, semua pelajar diwajibkan tidur di dalam kelambu . Ketika itu wabak demam denggi berleluasa. "

Gua angkat tangan lantas bangun dari kerusi seraya menyampuk..

" Saya tahu cikgu. Nyamuk aedes yang menyebabkan demam denggi. Demam denggi adalah penyakit berjangkit ", kata gua sambil mengelap hingus dan duduk semula. Rakan sekelas memandang gua dengan kagum.

" Pada suatu malam, hujan turun mencurah-curah dengan lebatnya. "

Gua angkat tangan lantas bangun dari kerusi seraya menyampuk lagi..

" Saya tahu cikgu. Mak saya cakap hujan itu rahmat ", gua duduk semula sambil tersenyum puas. Member sebelah gua pandang gua paiseh. Gua tahu beliau dengki dengan gua sebab mak beliau tak cerita kepada beliau cerita pasal hujan.

Cikgu Razali menyambung cerita..

" Kilat sabung menyabung. Beberapa batang pokok patah disambar kilat. Ada yang tumbang atas kereta. "

Lagi sekali, gua angkat tangan lantas bangun dari kerusi seraya menyampuk..

" Cikgu, bapak saya pakai kereta Proton Saga 1.3S warna biru. Bila hujan, bapak saya pasang air-cond. Bapak saya cakap kereta Proton Saga adalah kereta nasional ", gua duduk semula.

Belum sempat bontot gua mencecah kerusi..

" Diamlah babi!!", jerit rakan sekelas gua bernama Ajak. Nama penuh beliau Razak, bin apa gua tak ingat.

" Siapa babi? Kalau aku babi, apesal kau belajar satu kelas dengan babi? Kau pun babilah babi! ", zaman sekolah, mencarut pakai nama babi boleh dikira cukup otai, pengawas pun takut dengan budak-budak mencarut nama babi ni.

" Sudah, sudah. Kamu jangan bergaduh macam ni, tak elok dan berdosa. Cepat minta maaf antara satu sama lain ", Cikgu Razali menegur secara lembut.

Sessi minta maaf berjalan dengan lancar. Salam dihulur. Mata gua pandang pemadam papan hitam. Selang 2 saat, gua pandang pembaris panjang kaler oren. Selang 2 saat lagi gua pandang kapur putih. Selang lagi 2 saat gua pandang kapur warna-warna. Selepas saat yang ke-8 baru gua pandang muka Ajak..

Gua dekatkan muka gua ke telinga beliau seraya berbisik, " Aku babi, kau pun babi. Babi tak ada mintak maaf. Jangan harap aku nak mintak maaf ".

Ajak senyum dan membalas bisikan gua, " Baiklah babi. Aku nak dengar cerita Cikgu Razali, bukan nak dengar cerita seekor babi ".

Sessi bermaafan selesai. Cikgu Razali tersenyum bangga melihat kelakuan anak-anak muridnya.

**

Cikgu Razali menyambung cerita..

" Satu malam tu, ada seorang budak ni nak bergurau dengan kawannya. Dia pergi dekat katil kawan dia. Kawan dia tu tengah tidur. Dia kentut dalam kelambu kawan dia. "

Satu kelas ketawa. Gua tak ketawa. Cerita sebegitu belum mampu menegangkan urat ketawa gua.

" Esok pagi, keluarga budak yang telah dikentutkan oleh kawannya dalam kelambu tu datang ke asrama. "

" Kenapa cikgu? "

" Budak yang dikentutkan tu meninggal dunia. "

" Haaaah?? Kena kentut pun boleh meninggal ke cikgu ? "

" Yang itu wallahualam, saya pun tak pasti. Tapi moral cerita ni, kalau kamu nak bergurau tu biarlah berpada-pada. Kadang-kadang gurau kita tu boleh membawa mudarat kepada orang lain dan boleh buat kita menyesal seumur hidup. "

Semenjak daripada gua dengar cerita Cikgu Razali tu, gua jadi insaf. Gua sematkan dihati, gua tak akan sekali-kali kentut dalam kelambu kawan gua. Gua tak nak kawan gua mati kerana kentut. Tragis.

Tapi sebenarnya kentut adalah lumrah hidup kita. Kadang-kadang kita kentut bila kita gembira. Kadang-kadang kita kentut bila kita sedih. Ada kalanya kita kentut bila kita marah. Pernah juga kita kentut bila kita sedang bercakap telefon, masa menunggu bas, ketika sms makwe, waktu tengah menjawab soalan peperiksaan, ketika beratur di Mcdonald, pendek kata bila-bila masa saja perasaan dan rasa ingin kentut itu akan menjelma.

Jika anda ingin kentut, janganlah anda berasa hina. Kentut itu adalah anugerah tuhan kepada manusia. Semua manusia pun kentut. Lisa Surihani pun kentut. Siti Nurhaliza yang pergi Rompin Fest naik helikopter hari tu pun kentut. Ariel Peterporn, Luna Maya dan Cut Tari pun kentut. Dan mungkin ada kalanya kentut mereka tu tercirit kerana salah bajet. Disangkanya kentut, rupanya cirit yang menjelma. Pernah kan? Jangan tipu la. Diam-diam sudah, jangan cerita kat orang.

Gua juga suka kentut. Kadang-kadang gua kepalkan kentut gua dalam tangan. Gua genggam tangan gua, dan gua suakan ke muka sahabat-sahabat gua. Ada yang lari, ada yang maki. Paling naya, member gua nama Jenab pernah termuntah. Gua minta maaf pada Jenab. Oleh sebab Jenab dan gua adalah sahabat baik, beliau maafkan gua.

Kentut juga boleh dimainkan dengan cara 'fart transfer' atau dalam bahasa melayunya 'pindahan kentut'. Permainan ini boleh dimainkan jika kita rasa nak kentut dan ada kawan kita yang sedang meniarap. Dekatkan bontot kita dan bontot beliau, pastikan bontot kita ditargetkan tepatke bontot beliau dan hembuskan mengikut kesesuaian. Kalau rasa nak hembus perlahan-lahan, hembuslah perlahan-lahan, tapi ada kemungkinan baunya sedikit haram. Tapi andainya ingin dihembuskan laju-laju, bunyinya mungkin akan menjadi nyaring.

Kentutlah anda sebelum anda dikentutkan.

Nota kaki: Akhir kata, terimalah pantun kentut daripada gua. " Kentut kepal berpada-pada, kentut dalam kelambu jangan sekali ".

Nota tangan: Habis saja gua taip ayat di atas, gua terkentut, lantas itu juga gua tersenyum. Gua syukur gua sihat. Senyum.

CREDIT: akulinglung.com

No comments:

Post a Comment

cristopher_johnson@hotmail.com