Monday, October 25, 2010

[lawak] Hospital Bahagia

Share

Ketika waktu rehat di Hospital Bahagia, para pesakit dibenarkan untuk jalan-jalan di sekitar dengan pengawasan pegawai yang bertugas. Kebetulan ketika itu datang seorang posmen. Oleh kerana hanya untuk menghantar surat sahaja, posmen meninggalkan motornya yang masih hidup. Tiba-tiba, salah seorang pesakit iaitu Rizal yang kebetulan berada dekat dengan motor, terus menaiki motor posmen dan memecut selaju yang mungkin. Semua pegawai yang ada disitu terkejut. Tapi yang hairannya Rizal hanya berpusing dalam taman Hospital Bahagia sahaja . Rizal dapat ditangkap dan dihantar kebiliknya.

Kawan sebilik Rizal yang melihat kejadian itu terus bertanya, "Kenapa kau hanya berpusing-pusing saja di taman. Kau kan boleh melarikan diri tadi?".

Rizal diam sejenak, kemudian menjawab, "Lampu signal sebelah kanannya terus menyala. Jadi aku cuma boleh membelok kekanan saja lah.!!"

No comments:

Post a Comment

cristopher_johnson@hotmail.com