Rizal telah ditangkap oleh satu kaum kanibal (orang makan orang) ketika tersesat didalam sebuah hutan. Geng Kanibal hendak memasak Rizal untuk dijadikan makan malam mereka.. Sebelum mereka hendak memasaknya, Rizal dimasukkan ke dalam periuk besar.Tiba-tiba datang ketua Kanibal yang fasih berbahasa Inggeris.
Ketua Geng Kanibal tersebut menceritakan kepandaiannya berbahasa Inggeris yang dia pelajari semasa belajar di Oxford University
"Kamu pernah menuntut ni Oxford?" kata Rizal,"tapi kamu masih lagi memakan daging sesama manusia?"
"Ya," jawab Ketua Kanibal, "tapi sekarang saya telah menggunakan pisau, sudu dan garpu."
----------------------------------------------------------------------------------
Rizal ditangkap oleh seorang pegawai kastam ketika cuba menyeludup masuk barang ke Malaysia."benda apa yang kau bawa ini?" tanya pegawai kastam"Tidak ada apa encik...cuma makanan ayam sahaja" kata Rizal.Kerana tidak berpuas hati dengan jawapan Rizal, pegawai kastam ingin melihat makanan ayam tersebut dan yang ditemui adalah alat elektronik seperti television, handphone, radio dan juga komputer. Pegawai kastam berkata, "Ini ke yang kau kata makanan ayam ayam tu?" Kerana sudah terkantoi, Rizal menjawab selamba untuk membela dirinya, "Betul encik...saya selalu cuba memberi ayam saya makan dengan barang-barang ini. Kalau ayam saya tidak mahu memakannya, barulah saya ambil."
-----------------------------------------------------------------------------------
Pada suatu petang Rizal marah-marah kerana pencungkil gigi di meja makannya cepat sangat habis.Kerana ketika itu anak dan iserinya keluar, dan yang tinggal hanyalah pembantu rumahnya. Maka Rizal pun bertanyalah kepada pembantunya "Bibik, bibik ke yang selalu pakai pengcungkil gigi saya? setiap hari makin berkurangan?!" Dengan gemetar ketakutan, bibik menjawab,"Bukan saya tuan Rizal, kalau saya,selepas guna, saya masukkan balik kedalam bekasnya."
-----------------------------------------------------------------------------------
Suatu hari, Rizal pergi berjumpa pakar sakit kulit untuk mendapatkan rawata :
Doktor : "Apa masalah encik?"
Rizal : "Kulit saya rasa gatal-gatal, doktor." (sambil menunjuk tangan dan tubuhnya)
doktor : (Sambil memeriksa kulit tangan dan wajah ) "Encik rajin solat ya..."
Rizal : "Apakah kaitannya."
Doktor : "Kulit encik kelihatan bersih dan putih, tapi didahi encik ada tanda hitam dua, biasanyakan kerana solat."
Rizal : "Ah...tidak juga doktor."
Doktor : "Sila berbaring encik."
Rizal : (Membuka baju dan berbaring)
Doktor memeriksa Rizal dengan menyeluruh.
Rizal : "Bagaimana doktor."
Doktor : "Setelah saya melakukan pemeriksaan dengan menyeluruh, dua tanda hitam didahi encik itu adalah kulit encik yang sebenarnya, sedangkan yang lainya dari hujung kaki sampai kulit kepala adalah panau dan kurap.
-----------------------------------------------------------------------------------
Dengan muka yang merah padam, Jenet menyerbu masuk ke bilik pengetua sekolah. "Saya nak tahu," katanya dengan mengancing gigi, "Mengapa anak saya, Rizal, diberi markah kosong untuk ujian bahasa melayunya?!""Sabar, sabar, puan," kata pengetua. "Kita panggil dulu guru bahasanya. Dia tentu ada alasannya."Beberapa ketika kemudian datanglah guru bahasa tersebut."Mengapa kau berikan markah kosong untuk ujian bahasa melayu kepada anakku, Rizal?" tanya Jenet sambil meramas-ramas tangannya seakan ingin smackdown guru tersebut."Saya tiada pilihan" kata guru tersebut. "Rizal cuma menghantar kertas putih, tak satu pun soalan yang dijawabnya.""Itu bukan alasan," potong Jenet dengan kasarnya."Sekurang-kurangnya kau memberikannya 7 markah kerana menjaga kebersihan kertas jawapannya."
No comments:
Post a Comment
cristopher_johnson@hotmail.com