There was an error in this gadget

Tuesday, November 23, 2010

[lawak] Tentera Jepun Dan Tahanan

Share
Pada zaman pemerintahan Jepun, tiga orang cina, Ah Meng, Ah Seng dan Ah Beng telah ditangkap sebab menyeludup. Diorang bertiga nie akan dihukum bunuh oleh skuad penembak. Jadi malam tu diorang pun buat rancangan untuk melarikan diri. Ah Meng kata yang tentera Jepun takut akan bencana alam. Jadi diorang kena buat tentera Jepun tu panik supaya diorang boleh lepas.

Keesokkannya, Ah Meng menjalankan hukuman bunuh. Skuad penembak berbaris kat depan. Baru jer kapten Jepun tu kata "Ready... aim", Ah Meng terus jerit "Gempa bumi gempa bumi". Tentera Jepun lari bertempiaran dan Ah Meng pun terlepas.

Lepas tu tiba giliran Ah Seng. Bila jer kapten tu sebut "Ready... aim", Ah Seng terus menjerit "Banjir banjir". Tentera Jepun lari bertempiaran dan Ah Seng pun terlepas.

Bila tiba giliran Ah Beng, dia pun berfikir, "Hmm, kena sebut pada masa yang sesuai balu(baru) itu askal(askar) lali(lari). Wakaka, manyak bodoh punya askal Jepun." Bila jer kapten tu sebut "Ready... aim", Ah Beng pun terus jerit "Fire fire". :lol:

No comments:

Post a Comment

cristopher_johnson@hotmail.com