Sunday, September 5, 2010

[lawak] Baju Cinta Nenek

Share
Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu
perempuannya yang baru berkahwin. Setelah
membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana
mendapati cucu perempuannya yang membuka
pintu dgn tanpa seurat benang pun di badannya.
Belum sempat si nenek bertanya, si cucu
berkata,
"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja nie nek!".
"Yg kau telanjang tu nape!!!???" marah si nenek.
"Ini la BAJU CINTA saya" balas si cucu perempuannya.
"BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan.
"Ya, suami saya menyukainya, saya
juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap
nenek dapat balik dulu sebelum suami saya
pulang kerana tentu suami saya nanti akan
berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA
ini di hadapan nenek." pinta si cucu perempuannya.
Si nenek faham kehendak
cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara
terbaru si isteri melayan sang suami. Di dalam
perjalanan pulang si nenek mendapat idea.
Fikirnya dengan mengikut cara cucu
perempuannya, sudah tentu dia dapat
mengeratkan hubungannya dengan si atok yang
sudah berumur. Sesampainya di rumah, si nenek
tadi terus menanggalkan semua pakaiannya,
mandi, berbedak dan memakai minyak wangi
sewangi wanginya. Kemudian si nenek tadi pun
menunggu si atok pulang. Beberapa ketika si atok
pon pulang. Sebaik saja pintu di buka, si atok
mendapati si nenek berbogel kat depan
pintu....
"Awat hang nie? Dah buang tebiat keeer???" marah si atok tadi.
"Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek tadi.

"BAJU CINTA???....... kok iye pun..... IRON la dulu bajutuh!! nampak sangat kedutnyer....." 


p/s: cerita ini tiada kena mengena dengan
yg hidup atau yg mati..:-j

No comments:

Post a Comment

cristopher_johnson@hotmail.com