There was an error in this gadget

Monday, June 13, 2011

Pak Abu dan Top-Up

Share
Pak Abu baru beli henfon kat bini tua dia tapi tak belikan topup. Mak Leha yang tak penah pakai henfon komplen kat anak bongsu dia kenapa henfon yang Pak Abu bagi tak boleh fungsi. Anak bongsu Mak Leha suruh mak dia beli top-up kat kedai. Mak Leha naik moto pegi pekan singgah kat kedai runcit nak beli top-up tapi tak de. Taukey kedai suruh Mak Leha pegi tanya kat gerai depan kedai kalau-kalau ade jual. Mak Leha terus pegi tanya kat gerai tu, taukey gerai pulak kata kat situ tak de top-up tapi goreng ubi, goreng pisang dengan karipap ade la. Mak Leha terus beli karipap dan bawak balik rumah tunjuk kat Pak Abu..

"Bang, Leha dah beli dah ni, abang tolong pasang kat henfon Leha ok" mintak Mak Leha dengan sopan pada suaminya. Pak Abu heran kenapa Mak Leha beli karipap sebab selama ni Pak Abu tak feveret karipap, dia cuma makan kueh sardin gulung je.

"Leha nak suruh abang buat apa dengan karipap ni Leha," tanya Pak Abu hairan.

"Itu la abang, Leha pun hairan sejak bila henfon kena pasang karipap? " Balas Mak Leha. Pak Abu garu kepala dan tanya Mak Leha berapa sen karipap tadi. Mak Leha jawab 30 sen.

"Ohhh..patut la, tak cukup kredit kot, cube Leha pegi beli dua bijik lagi, mesti boleh guna henfon nanti." Selamba jer Pak Abu balas.

No comments:

Post a Comment

cristopher_johnson@hotmail.com